Monday, January 4, 2016

..:: IL ::..


"Aku yakin segala sesuatu yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya."

Afif merenung Ikram Luqman. Keningnya terangkat sebelah.

Ikram tersenyum.

"Random thought."

Afif tersengih.

"Throwback tiba-tiba kau ni.. Ok spill now. Bromance time."

Ikram tergelak dua saat.

"Giler kau. Tak pasal orang cop gay bagai kang."

Ikram membuang pandangan jauh ke arah sawah yang terbentang luas di hadapan.

"Alah.. Siapa yang berani menafikan ukhwahfillah abadan abada antara kita? Hang pasaipa? Cuba habaq mai sini."

Ikram tersengih lagi.

"Buruk gila kau cakap utara."

Ikram cuba berdalih.

"Kau teringat dekat gitar kau ke? Rindu nak jamming?"

Ikram menggeleng.

"Aku teringat dekat... Sarah."

Afif tersengih. Betul tekaannya.

"Kau jealous dekat aku ke sebab aku bakal bertunang minggu depan?"

Ikram tergelak besar.

"Haa.. Aku jealous gila. Hahaha!"

Ikram tergelak besar. Afif hanya menggeleng.

"Am.. Kau kena ingat. Kau bukan Luqman untuk Sarah.."

Ikram menggangguk.

"Aku redha dan boleh terima ja.. And cut it off part Luqman untuk Sarah tu please."

"Haihh.. Masih ada yang berbekas di hati? Since people say first love always forever?"

"Dah keluar dah Shakespear trait kau ni.. Agak-agakla. Tu bukan something yang aku nak kenang. Tak kira as kenangan manis or pahit."

"Ok. So kenangan yang macam mana?"

Mata Ikram memandang langit petang yang begitu indah.

"Hmm.. Kenangan yang memberi pengajaran? She taught me many things. Sampai aku gantung gitar. Sampai aku istiqomah bangun awal pagi. Sampai aku dekat dengan Allah dari sebelumnya."

"Even if dia tinggalkan kau begitu saja?" 

Tanya Afif dengan perasaan tidak puas hati.

"Dia tak pernah ada apa-apa dengan aku. Macam mana dia nak tinggalkan aku?"

Ikram tersenyum.

"Tapi cara dia layan kau lain macam sangat. Sampai kau boleh tersangkut dengan dia."

"Bagi aku.. Tu mungkin kekurangan yang ada pada dia. Mungkin niat dia betul-betul nak berkawan untuk beri peringatan. Tapi maybe she just too friendly."

Jawab Ikram.

"Dan salah siapa sampai kau tiba-tiba betul-betul jatuh hati dekat dia."

"That's fitrah. Bukan aku paksa diri untuk betul-betul ada hati dekat dia."

"So siapa nak bertanggungjawab dalam hal ni?"

Soal Afif lagi.

Ikram tersenyum.

"Aku yang jatuh aku la yang tanggung. Haha.."

Perbualan terjeda seketika. Hanya bunyi burung-burung yang berterbangan kedengaran.

"Aku anggap ni ujian dari Allah. Ujian kepada perubahan diri aku. Its either I change for the sake of Allah or Sarah. And aku bersyukur.. Sarah is just a medium only."

Ikram menyambung.

Afif merenung Ikram.

"Somehow.. Aku bangga dengan kau."

Giliran Ikram memandang Afif. Clueless.

"Well. Susah orang biasa nak husnuzhon dengan ujian first love macam kau."

Ikram tergelak besar.

"Haha! Ayat kau.. Aku macam tak boleh nak link ja word husnuzhon dengan first love tu. Lame kot."

Afif hanya tersenyum nipis.

"Sebab tak semua betul-betul boleh move on dengan first love dan pada masa yang sama ambil pengajaran dan kembalikan segalanya kepada Allah macam kau.."

Ikram tersenyum.

"Things happened for reasons then.."

"And I pray that the fate will fare you well."





Mimiesstar
04012016





Inspired from Syurga yang tak dirindukan, Dilwale & Myungyeol

No comments:

Post a Comment